Sunday 28 April 2013

UNDI POS - Adakah Kerahsiaan Undi Anda Terjamin?




UNDI POS - Adakah Kerahsiaan Undi Anda Terjamin?


Seksyen 5(6) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahawa :


Tiap-tiap orang yang menghadiri sesuatu urusan berkenaan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas-kertas undi untuk orang-orang yang mengundi melalui pos hendaklah memelihara dan membantu dalam memelihara kerahsiaan pengundian itu dan TIDAK BOLEH tanpa sebab yang sah -

(a) menyampaikan, sebelum pengundian ditutup, kepada seseorang apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu tentang apa-apa pertindikan, cap atau tanda rasmi yang akan digunakan berkenaan dengan sesuatu kertas undi;

(b) menyampaikan kepada seseorang pada bila-bila masa apa-apa maklumat yang didapati dalam urusan itu tentang nombor kertas undi yang dihantar kepada seseorang;

(c) cuba menentukan dalam urusan itu, berkenaan dengan penerimaan kertas-kertas undi, nombor dalam sesuatu kertas undi; atau

(d) cuba menentukan dalam urusan itu, berkenaan dengan penerimaan kertas-kertas undi, calon yang baginya sesuatu undi telah diberi dalam sesuatu kertas undi tertentu atau menyampaikan apa-apa maklumat berkenaan dengannya yang didapati dalam urusan itu.


Seksyen 5(7) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan :

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi SATU TAHUN atau didenda tidak melebihi TIGA RIBU  ringgit atau dipenjarakan atau didenda kedua-duanya.


Seksyen 6 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan kesalahan-kesalahan terhadap Bahagian II Kesalahan-kesalahan Pilihanraya  yang termasuklah peruntukan di atas -

(1) Tiap-tiap orang yang bersubahat melakukan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini adalah suatu kesalahan yang boleh tangkap dalam erti Kanun Acara Jenayah.

(3) Dalam sesuatu pendakwaan atas sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihanraya, hak kepunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu dan juga hak kepunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, bolehlah dikatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihanraya itu.

(4) Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini tidak boleh diambil tanpa sanksi Pendakwa Raya


No comments:

Post a Comment