Tuesday 9 April 2013

Bilakah Polis Boleh Menggeledah Sesebuah Rumah Tanpa Waran?



Bilakah Polis Boleh Menggeledah Sesebuah Rumah 
Tanpa Waran?



Polis boleh memasuki mana-mana premis dan menggeledah premis tersebut tanpa waran untuk mencari harta curi jika perkara-perkara berikut dipenuhi :

1. Terdapat maklumat yang diberikan kepada pegawai polis yang berpangkat tidak lebih rendah daripada Inspektor

2. Maklumat tersebut mestilah menunjukkan ada sebab-sebab munasabah bagi mengesyaki bahawa barang-barang curi disimpan atau disembunyikan di sesuatu tempat itu

3. Polis mempunyai alasan baik bahawa barang-barang tersebut akan dipindahkan jika terdapat kelengahan mendapat waran geledah

4. Satu senarai barang-barang yang disyaki telah dicuri itu hendaklah diserah dan dicatat secara bertulis dengan menyatakan bahawa barang itu telah dicuri dan pemberitahu mempunyai alasan yang baik bagi mempercayai barang-barang itu ada disimpan di tempat itu


Kuasa polis untuk menggeledah tanpa waran, dalam hal keadaan luar biasa tertentu juga ada diperuntukkan di bawah seksyen 62A (geledah untuk mencari wang syiling palsu), seksyen 62B (geledah untuk mencari matawang palsu), seksyen 63 (geledah terus) dan seksyen 116 (geledah oleh pegawai polis untuk menjalankan penyiasatan polis)

No comments:

Post a Comment