Tuesday 9 April 2013

Bolehkah Polis Menggeledah Badan Seseorang Tanpa Tangkapan?

Bolehkah Polis Menggeledah Badan Seseorang Tanpa Tangkapan?


Jika tiada tangkapan dibuat terhadap anda, maka tiada undang-undang yang membolehkan polis untuk menggeledah badan anda. Oleh itu, jika anda ditahan polis untuk disoal tanpa sebarang tangkapan, maka polis itu tiada hak untuk menggeledah badan anda. Anda mempunyai hak untuk beredar meninggalkan tenpat tersebut.

Ambil perhatian bahawa apa-apa penggeledahan yang dibuat tanpa izin anda adalah menyalahi undang-undang.


Apa maksud Tangkapan?

Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) : Tangkapan, bagaimana dibuat

(1) Apabila pegawai polis atau orang lain hendak menangkap orang ia hendaklah menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika menyerahkan dirinya melalui percakapan atau tingkahlakunya.




No comments:

Post a Comment