Wednesday, 13 March 2013

Bagaimana Cara Untuk Membuat Laporan Polis?

Bagaimana Cara Untuk Membuat Laporan Polis?


Ini adalah antara persoalan-persoalan yang sering timbul berkenaan tatacara atau prosedur dan bagaimana caranya untuk membuat laporan polis jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dijangka.

Cara Membuat Repot Polis :

Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah -

Apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balau (KPB) berkenaan sesuatu kesalahan, maka KPB itu ataupun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu.

Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberi atau pengadu.

Pastikan pengadu membaca semula repot yang ditulis atau ditaip tersebut sebelum tandatanganinya.


Dua cara pengaduan dibuat -

pengaduan dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan
pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55


Butir Penting dalam repot polis -

1. Tulis nama seperti dalam kad pengenalan
2. Isi butir-butir lain - jantina, umur, keturunan, bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal, no tel
3. Gunakan bahasa mudah, jelas, ringkas dan tepat
4. Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca
5. Tandatangan pengaduan
6. Pengaduan dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris sahaja
7. Pengadu berhak mendapat salinan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima RM2.00

Fakta Penting Dalam Repot -

1. Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan
2. Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlaku kejadian tersebut
3. Di mana - Tempat dan lokasi kejadian eg nama bandar, no rumah, nama jalan
4. Bagaimana - Jelaskan bagaimana berlaku atau cara jenayah dilakukan
5. Siapa - butir-butir orang yang terlibat, saksi yang melihat, dikenali atau tidak
6. Akibat - kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos)


Contoh Laporan Polis - Penyiasatan Dokumen :


Contoh Laporan Polis - Akta Hasutan
Info selanjutnya berkenaan laporan polis, boleh didapati di :





No comments:

Post a Comment