Tuesday, 9 April 2013

Apakah prosedur pemeriksaan tubuh oleh pihak polis?



Apakah prosedur pemeriksaan tubuh oleh pihak polis?



Jadual Keempat Bahagian II Kanun Prosedur Jenayah ada menggariskan tingkah laku am pegawai semasa pemeriksaan tubuh dilaksanakan :-


1. Seseorang pegawai yang menjalankan pemeriksaan tubuh hendaklah melakukannya dengan cara profesional dan menitikberatkan maruah orang yang ditangkap.


2. Pegawai itu hendaklah mematuhi prosedur berikut dengan tegas :


(a) Sebelum apa-apa pemeriksaan dimulakan, pegawai itu hendaklah memperkenalkan dirinya kepada orang yang ditangkap dan hendaklah beradab, profesional dan tidak menggunakan bahasa yang merendahkan maruah atau tidak perlu atau teguran terhadap orang yang ditangkap dan hendaklah meminimumkan rasa malu kepada orang itu.


(b) pemeriksaan itu tidak boleh menjadi lebih luas daripada yang diperlukan untuk menentukan wujud bahan-bahan yang memudaratkan atau yang menyalahi undang-undang yang dipercayai disembunyikan atas orang yang ditangkap.


(c) pegawai yang menjalankan pemeriksaan hendaklah jantina yang sama dengan orang yang ditangkap dengan menitikberatkan kesopanan.


(d) jika jantina orang yang ditangkap mengelirukan, jantinanya hendaklah dipastikan melalui temuduga atau melalui kad pengenalan atau sijil lahirnya sebelum suatu pemeriksaan dilakukan oleh pegawai yang sesuai dengan menitikberatkan kesopanan.


(e) bagi pemeriksaan tanggal, dalaman dan instrusif, pegawai kedua yang sama jantina dengan orang yang ditangkap hendaklah hadir semasa pemeriksaan.


(f) tiada seorang pegawai pun boleh mendedahkan kepada orang awam apa-apa kecacatan, cela atau parut pada bahagian badan yang ditemui atas badan orang yang ditangkap dalam masa perjalanan pemeriksaan.


(g) dalam masa perjalanan pemeriksaan, pegawai itu hendaklah menghormati :

i- kesensitifan agama dan budaya; dan

ii- ciri-ciri fizikal, psikologi, kesihatan dan mental,

orang yang ditangkap. Dalam kes-kes yang melibatkan penanggalan tudung perempuan atau hiasan kepala lelaki, kesensitifan agama dan budaya hendaklah diamalkan.


(h) apabila orang yang ditangkap mengandung, sudah berumur atau kurang upaya, pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan cara yang patut yang mengambil kira keadaan kesihatan dan fizikal orang itu.

1 comment:

  1. Hi, maaf bolehkah saya dapatkan penerangan lebih lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan POINT (2b). Terima kasih

    ReplyDelete