Pengundian Awal dan Persoalan-Persoalan Sekitarnya
Siapakah Pengundi Awal?
Berdasarkan peruntukan peraturan 27A (1)(a)(b)(c)(d), Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012, mereka yang layak mengundi awal dan disenaraikan dalam Daftar Pemilih Pengundian Awal terdiri daripada kategori pemilih seperti yang berikut :
1. Anggota tentera
2. Isteri atau suami anggota tentera
3. Polis
4. Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)
Di manakah Pusat Mengundi/Tempat mengundi bagi pengundi awal?
Pusat-pusat Mengundi Awal akan disediakan di dalam kem tentera bagi anggota tentera dan pasangan atau di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) /Ibu Pejabat Daerah (IPD) bagi anggota PDRM dan pasangan kepada anggota PGA. SPR akan mewartakan Dewan atau Bilik Khas yang akan digunakan sebagai Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) sama ada di dalam kem atau di IPK/IPD yang ditetapkan.
Untuk proses Pengundian Awal, Pusat Mengundi Awal yang disediakan akan digunakan untuk beberapa Bahagian Pilihan Raya Parlimen manakala Tempat-tempat Mengundi (Saluran) pula akan diasingkan mengikut Bahagian Pilihan Raya Negeri masing-masing bagi setiap Bahagian Parlimen berkenaan.
Siapakah petugas pilihanraya yang akan bertugas semasa Pengundian Awal?
Petugas-petugas pilihan raya yang dilantik untuk urusan
Pengundian Awal adalah sama seperti Pengundian Biasa iaitu
mengikut Tempat Mengundi (Saluran) seperti yang berikut:
1. Seorang Ketua Tempat Mengundi dan seorang Kerani Pengundian bagi jumlah pemilih kurang daripada 50 orang; atau
2. Seorang Ketua Tempat Mengundi dan dua orang Kerani Pengundian bagi jumlah pemilih antara 50-100 orang; atau
3. Seorang Ketua Tempat Mengundi dan empat orang Kerani Pengundian (kecuali WPKL dan Sarawak tiga orang Kerani Pengundian) bagi pemilih melebihi 100 orang.
4. Bagi setiap Pusat Mengundi Awal yang mengandungi satu Tempat Mengundi (Saluran), dua orang Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) akan dilantik untuk membantu dan menunjuk arah pengundi-pengundi yang datang untuk mengundi.
5. Bagi Pusat Mengundi Awal yang mengandungi dua atau lebih Tempat Mengundi (Saluran) dan mempunyai jumlah pemilih yang ramai, seorang Penyelia Pusat Mengundi (PPM), beberapa Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) dan Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) akan dilantik berdasarkan kepada jumlah pemilih di Pusat-pusat Mengundi Awal berkenaan. Jika jumlah pemilih di setiap Tempat Mengundi (Saluran) adalah kecil, hanya Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) sahaja yang akan dilantik.

No comments:
Post a Comment