Sejauh manakah nombor siri pada kertas undi boleh memelihara rahsia pengundian dan adakah pengundi berhak untuk memilih kertas undi?
1)Setakat pemerhatian kami, tiada mana-mana peruntukan khususnya di dalam Election (Conduct of Elections) Regulation 1981 ("Peraturan") dengan jelas mengenakan limitasi kepada mana-mana pengundi untuk memilih mana-mana kertas undi;
2)Walaubagaimanapun, Peraturan 19 (1) Peraturan menyatakan perihal ini di dalam bentuk dimana setiap pengundi akan diberikan satu kertas undi "each voter shall be given one ballot paper"...;
3)Tindakan mana-mana presiding officer yang tidak membenarkan pengundi memilih kertas undi tidak termasuk di dalam senarai kesalahan mengenai memelihara kerahsiaan pilihanraya sepertimana dibawah seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954;
4)Kesimpulan, tiada peraturan limitasi yang jelas. Pernyataan bentuk perihal melalui Peraturan 19 (1) seolah-olah menyatakan tidak wujud keadaan yang memungkinkan pengundi boleh memilih kertas undi. Tiada peruntukan untuk membataskan, pengundi berhak untuk meminta untuk memilih undi. Walaubagaimanapun, isu sama ada SPR akan benarkan atau tidak, adalah isu lain.
5) Seterusnya, mana-mana pegawai atau kerani SPR tidak dibenarkan utk cuba mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat mengenai nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi bagi tujuan memelihara kerahsian pilihanraya. Jika didapati bersalah, boleh dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM 3,000 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 5(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
No comments:
Post a Comment