Sunday, 10 March 2013
Adakah hak kebebasan diri dijamin oleh Perlembagaan Malaysia?
Adakah hak kebebasan diri sebagai rakyat Malaysia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
Menurut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ('Perlembagaan Malaysia') disebut :
(1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka Mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang itu ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.
(4) Jika seseorang itu ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walaubagaimanapun dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk perjalanan masa yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa kebenaran majistret tersebut;
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidak terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang dibawah undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka;
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan 'tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)' telah digantikan dengan perkataan 'dalam tempoh 14 hari';
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim Mahkamah Syariah.
(5) Fasal (3) dan (4) tidaklah terpakai bagi orang asing musuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment