Tuesday 9 April 2013

Bilakah polis boleh menggeledah sesuatu tempat dengan waran?



Bilakah polis boleh menggeledah sesuatu tempat dengan waran?


Majistret boleh mengeluarkan waran yang membenarkan polis untuk memasuki dan menggeledah tempat bagi mencari apa-apa benda yang boleh dijadikan bukti, perkara-perkara yang perlu untuk penyiasatan mana-mana kesalahan, atau apa-apa keterangan atau benda yang diperlukan bagi menjalankan penyiasatan terhadap apa-apa kesalahan. Jika keterangan atau benda yang digeledah itu diperolehi, maka ia boleh disita dan dihadapkan ke hadapan majistret yang mengeluarkan waran geledah itu.

Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah : Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa menggeledah untuk membuktikan kesalahan


Seksyen 54 Kanun Prosedur Jenayah : Bila waran geledah boleh dikeluarkan

1. Jika mahkamah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang itu yang mana telah dihantar sama di bawah seksyen 51 atau rekuisisi di bawah seksyen 52(1) tidak mahu atau tidak akan menyerahkan harta atau dokumen seperti yang dikehendaki oleh rekuisisi itu.

2. Mahkamah tidak mengetahui siapa yang memiliki harta atau dokumen itu, atau

3. Mahkamah berpendapat bahawa untuk tujuan keadilan atau mana-mana penyiasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini akan tercapai dengan pemeriksaan atau geledan am.

No comments:

Post a Comment