Saturday, 23 March 2013

Sejauh manakah nombor siri pada kertas undi boleh memelihara rahsia pengundian dan adakah pengundi berhak untuk memilih kertas undi?




Sejauh manakah nombor siri pada kertas undi boleh memelihara rahsia pengundian dan adakah pengundi berhak untuk memilih kertas undi?



1)Setakat pemerhatian kami, tiada mana-mana peruntukan khususnya di dalam Election (Conduct of Elections) Regulation 1981 ("Peraturan") dengan jelas mengenakan limitasi kepada mana-mana pengundi untuk memilih mana-mana kertas undi;

2)Walaubagaimanapun, Peraturan 19 (1) Peraturan menyatakan perihal ini di dalam bentuk dimana setiap pengundi akan diberikan satu kertas undi "each voter shall be given one  ballot paper"...;

3)Tindakan mana-mana presiding officer yang tidak membenarkan pengundi memilih kertas undi tidak termasuk di dalam senarai kesalahan mengenai memelihara kerahsiaan pilihanraya sepertimana dibawah seksyen 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954;  

4)Kesimpulan, tiada peraturan limitasi yang jelas. Pernyataan bentuk perihal melalui Peraturan 19 (1) seolah-olah menyatakan tidak wujud keadaan yang memungkinkan pengundi boleh memilih kertas undi. Tiada peruntukan untuk membataskan, pengundi berhak untuk meminta untuk memilih undi. Walaubagaimanapun, isu sama ada SPR akan benarkan atau tidak, adalah isu lain.

5) Seterusnya, mana-mana pegawai atau kerani SPR tidak dibenarkan utk cuba mendapatkan maklumat atau menyampaikan maklumat mengenai nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi bagi tujuan memelihara kerahsian pilihanraya. Jika didapati bersalah, boleh dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM 3,000 sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 5(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Adakah senarai daftar pemilih yang telah diwartakan oleh SPR bagi mana-mana DUN/Parlimen boleh dipertikaikan?



Adakah senarai daftar pemilih yang telah diwartakan oleh SPR bagi mana-mana DUN/Parlimen boleh dipertikaikan?



1) Setelah senarai daftar pemilih yang telah telah diterbitkan di dalam Gazzatte, senarai daftar pemilih tersebut adalah dianggap muktamad, mengikat, tidak boleh dipertikaikan atau dirayu terhadapnya, atau disemak, dibatalkan atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah;

2) Ini adalah berasaskan peruntukan terkini Seksyen 9A, Akta Pilihan Raya 1954 yang menyebut:

" After an electoral roll has been certified or re-certified as the case may be, and notice of certification has been published in the Gazzatte as prescribed by regulations made under this Act, the electoral roll shall be DEEMED TO BE FINAL AND BINDING and shall not be questioned or appealed against in, or reviewed, quashed or set aside by, any court."

3) Terkini, adalah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mac dimana Mahkamah telah menolak permohonan Ahli Parlimen Klang agar Mahkamah mengeluarkan satu perintah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyemak semula daftar pengundi. Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan seksyen 9A tersebut, Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa;






Wednesday, 13 March 2013

Bagaimana Cara Untuk Membuat Laporan Polis?

Bagaimana Cara Untuk Membuat Laporan Polis?


Ini adalah antara persoalan-persoalan yang sering timbul berkenaan tatacara atau prosedur dan bagaimana caranya untuk membuat laporan polis jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak dijangka.

Cara Membuat Repot Polis :

Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah -

Apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balau (KPB) berkenaan sesuatu kesalahan, maka KPB itu ataupun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu.

Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberi atau pengadu.

Pastikan pengadu membaca semula repot yang ditulis atau ditaip tersebut sebelum tandatanganinya.


Dua cara pengaduan dibuat -

pengaduan dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan
pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55


Butir Penting dalam repot polis -

1. Tulis nama seperti dalam kad pengenalan
2. Isi butir-butir lain - jantina, umur, keturunan, bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal, no tel
3. Gunakan bahasa mudah, jelas, ringkas dan tepat
4. Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca
5. Tandatangan pengaduan
6. Pengaduan dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris sahaja
7. Pengadu berhak mendapat salinan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima RM2.00

Fakta Penting Dalam Repot -

1. Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan
2. Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlaku kejadian tersebut
3. Di mana - Tempat dan lokasi kejadian eg nama bandar, no rumah, nama jalan
4. Bagaimana - Jelaskan bagaimana berlaku atau cara jenayah dilakukan
5. Siapa - butir-butir orang yang terlibat, saksi yang melihat, dikenali atau tidak
6. Akibat - kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos)


Contoh Laporan Polis - Penyiasatan Dokumen :


Contoh Laporan Polis - Akta Hasutan
Info selanjutnya berkenaan laporan polis, boleh didapati di :





Apakah kesalahan-kesalahan berkaitan UNDI?

Apakah kesalahan-kesalahan berkaitan UNDI?



Apakah kesalahan-kesalahan lain berkaitan undi?

Seksyen 11(1)(a) AKP 1954

  • Menyamar/membantu/bersubahat/menasihat/menyebabkan menyamar memohon kertas undi
  • Bentuk penyamaran - seksyen 7
    • memohon kertas undi atas nama orang lain sama ada orang itu hidup atau mati atau nama diada-adakan; atau
    • setelah undi atas nama orang lain itu, mohon kertas undi atas namanya sendiri
Seksyen 11(1) - hukuman

Penjara tidak lebih 2 tahun dan denda tidak kurang RM1000 dan tidak lebih RM5000
Boleh tangkap tanpa waran
Boleh jamin (bailable)
Tidak perlu OTI

Sunday, 10 March 2013

Adakah hak kebebasan diri dijamin oleh Perlembagaan Malaysia?



Adakah hak kebebasan diri sebagai rakyat Malaysia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia?


Menurut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia ('Perlembagaan Malaysia') disebut :

(1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang

(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka Mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

(3) Jika seseorang itu ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

(4) Jika seseorang itu ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walaubagaimanapun dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk perjalanan masa yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya tanpa kebenaran majistret tersebut;

Dengan syarat bahawa Fasal ini tidak terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang dibawah undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka;

Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan 'tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)' telah digantikan dengan perkataan 'dalam tempoh 14 hari';

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim Mahkamah Syariah.

(5) Fasal (3) dan (4) tidaklah terpakai bagi orang asing musuh.

Penangkapan



Isu-Isu Berkaitan Dengan Penangkapan


(1)  Tahukah Anda Apakah Hak-Hak Orang Yang Ditangkap


Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah

Mana-mana orang yang ditangkap tidak boleh ditahan oleh pegawai polis melebihi daripada tempoh dua puluh empat jam melainkan dengan perintah Majisteret di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah

  
Apabila seseorang itu ditangkap tanpa waran, dia hendaklah diberitahu tentang alasan   penangkapannya  dengan seberapa segera yang mungkin oleh pegawai polis yang membuat tangkapan tersebut.

Setelah seseorang itu ditangkap, sebelum pihak polis memulakan sebarang penyoalan dan rakaman, orang yang ditangkap berhak kepada perkara-perkara berikut:

 ·  Berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan keluarga atau rakan untuk memaklumkan dimana dia berada;

·    Berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dan berunding dengan peguam pilihannya.



 Sekiranya orang yang ditangkap meminta untuk berunding dengan peguam, pegawai polis hendaklah membenarkan peguam tersebut berjumpa dengan orang yang ditangkap ditempat tahanannya.

·  Pegawai hanya boleh boleh membuat pemerhatian rundingan tersebut dari jarak dimana komunikasi tersebut tidak dapat didengari olehnya.

Apabila orang yang ditangkap tersebut menyatakan hasrat untuk perkara-perkara di atas,  pegawai polis hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin, membenarkan orang yang ditangkap berbuat demikian.


Pegawai polis tersebut hendaklah menyediakan kemudahan yang munasabah untuk komunikasi dan semua kemudahan tersebut hendaklah disediakan secara percuma.  


(2) Adakah Orang Persendirian Boleh Membuat Tangkapan?


Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah

Mana-mana orang persendirian boleh menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap (seizable) dan tidak boleh jamin (non-bailable) dengan syarat, dengan segera hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap tersebut kepada pegawai polis yang berhampiran atau membawa orang yang ditangkap tersebut ke balai polis yang paling hampir.


(3) Bolehkah anda membuat tangkapan orang-orang yang mana pada pandangan anda orang-orang tersebut melakukan kesalahan-kesalahan pilihan raya iaitu penyamaran, membelanja (treating), pengaruh tidak wajar (undue influence) dan suapan (bribery) iaitu kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 7, 8, 9 dan 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954?

Kesalahan-kesalahan di atas adalah dikategorikan sebagai kesalahan ‘boleh tangkap’ tetapi tidak dinyatakan (silent) sama ada dibawah kategori boleh jamin atau tidak boleh jamin.


(4) Bolehkan anda membuat tangkapan orang-orang yang dipercayai merupakan ‘pengundi hantu’?

Asasnya ‘pengundi hantu’ adalah satu tindakan kesalahan dibawah penyamaran iaitu dibawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sekiranya anda ingin membuat tangkapan, pastikan anda terus menyerahkan orang yang ditangkap tersebut kepada pegawai polis atau balai polis yang berdekatan.

Sekiranya anda tidak menyerahkan orang yang ditangkap tersebut kepada pegawai polis atau balai polis terdekat dengan kadar yang segera, anda bukan setakat tidak mematuhi Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah, malahan anda boleh disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) (n) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Anda juga boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 341 Kanun keseksaan iaitu penahanan individu secara salah.